Placeholder Malaysia Negara Juara Obesiti Asia? What Should We Do? – OLATHEE

Malaysia Negara Juara Obesiti Asia? What Should We Do?

Malaysia Negara Juara Obesiti Asia? What Should We Do?

Sedar atau tidak, hampir 5.5 juta rakyat malaysia mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan dan dijangka semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kajian kesihatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini mungkin agak kurang menyenangkan, tapi ini adalah satu realiti yang harus kita terima.

Malaysia adalah negara yang mempunyai populasi obesiti tertinggi di Asia tenggara

Selain faktor utama yang menjadi penyebab kepada obesiti di Malaysia iaitu faktor pemakanan rakyat Malaysia yang tidak sihat, faktor lain seperti kurangnya aktiviti fizikal juga turut menyumbang kepada masalah obesiti di Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia lebih cenderung untuk makan makanan yang berkalori tinggi dan berminyak. Kita diajar untuk bersarapan dengan makanan berkalori tinggi dan berlemak seperti nasi lemak dan roti canai tanpa kita sedari. Pada waktu petang pula kita akan makan kuih-kuih yang berkalori tinggi dan berminyak seperti pisang goreng dan lain-lain. Lebih parah yang berlaku sekarang ialah masyarakat Malaysia juga lebih kerap makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan lain-lain terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Mungkin kerana 

Faktor lain seperti kurangnya aktiviti fizikal memang sangat ketara jika dilihat pada masyarakat Malaysia. Lihat sahaja golongan muda zaman sekarang yang lebih banyak menghabiskan masa untuk duduk bermain dengan smartphone dan media sosial tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal dan menggerakkan tubuh badan mereka.

Sejak 2011 Malaysia kekal menjadi juara obesiti

Kebiasaannya golongan yang mengalami masalah berat badan berlebihan ini akan berasa sangat malas untuk melakukan sebarang perubahan gaya hidup. Mereka beranggapan bahawa orang yang gemuk akan selamanya gemuk dan tidak boleh berubah. Saya percaya bahawa perubahan itu boleh berlaku jika mereka ada komitmen yang tinggi untuk buat perubahan tersebut.

Mungkin atas sebab faktor luaran seperti ejekan dari kawan-kawan dan mereka yang sentiasa melemparkan nasihat berbaur negatif seperti "Kau dah gemuk macam ni, susah nak kurus.. buat lah apa-apa pun takkan dapat kurus" menyebabkan golongan ini tiada motivasi dan semangat untuk buat sebarang perubahan.

Tetapi, kata-kata yang paling bahaya dan menjadi racun adalah apabila kata-kata negatif tersebut datang dari kepala mereka sendiri yang mengatakan mereka tidak perlu berubah seperti "alaa relax lah, aku gemuk pun tak susahkan orang, janji aku happy". Sebaliknya, mereka hidup dalam satu keadaan 'state of denial' di mana sebenarnya mereka ingin perubahan tersebut tetapi masih tidak percaya akan kebolehan diri sendiri.

Proses Mendapatkan Berat Badan Ideal

Selama hampir 3 tahun kami membantu mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan untuk capai berat badan ideal mereka, terdapat banyak cerita dan kisah sedih masing-masing yang membuatkan kami lebih bersemangat untuk membantu mereka.

Antara masalah utama yang menjadi faktor kenapa mereka susah untuk buat perubahan ialah kerana mereka tidak tahu cara untuk dapatkan berat badan ideal mereka. Kebanyakannya mengambil langkah mudah dengan menghabiskan ratusan dan ribuan ringgit menggunakan produk kurus yang tidak sesuai dan memberikan kesan sampingan buruk.

Nak dapatkan berat badan ideal memerlukan satu proses dan komitmen yang tinggi, bukan mudah untuk turunkan berat badan walaupun 1kg sekalipun. Jika anda ingin turunkan berat badan secara sihat dan semulajadi tanpa bantuan sebarang produk, anda perlu menyediakan kos bulanan yang agak tinggi sama ada untuk membayar Personal Trainer di gymnasium yang kosnya dalam anggaran RM 200 - RM 400 sebulan dan membayar kos bahan mentah untuk memasak makanan sihat yang rata-ratanya agak mahal dan dianggarkan dalam RM 500-RM700 sebulan.

 Healthy food

Healthy food juga banyak dijual sekarang tetapi dengan harga RM 15-RM20

Selain dari kos yang agak tinggi jika digabungkan kedua-duanya anda juga perlu mengorbankan masa yang banyak untuk ke gym dan masa untuk memasak makanan sihat tersebut. Penjagaan makanan dan senaman adalah dua perkara utama yang perlu dibuat secara konsisten untuk mendapatkan hasil penurunan berat badan dan mungkin hasilnya yang agak lambat membuatkan ramai yang berhenti sekerat jalan.

Produk Kurus, Adakah Perlu Atau Tidak ?

Jika dilihat produk-produk kurus yang ada di pasaran kebanyakannya adalah produk yang diproses dengan bahan tambahan bagi mempercepatkan lagi kesannya dan juga diproses dengan pengawet dan kandungan gula yang tinggi. Produk kurus di pasaran juga dijadikan sebagai 'meal replacement' di mana anda perlu makan produk tersebut dan bergantung kepada produk tersebut untuk kekal kurus.

Secara jujurnya penggunaan produk dan supplement kurus dalam jangka masa yang panjang adalah tidak bagus untuk kesihatan terutama pada organ dalaman seperti buah pinggang. Kebanyakannya beranggapan untuk kurus dengan produk kurus mereka perlu makan produk tersebut dalam jangka masa yang panjang. Jika setiap hari selama setahun anda makan produk kurus ianya sudah tentu akan jadi benda yang tidak sihat tambahan pula jika produk itu diproses.

Produk kurus sepatutnya hanya digunakan dalam satu tempoh tertentu bagi membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal anda. Selepas itu anda hanya perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan membuat aktiviti fizikal 2-3 kali seminggu dan mengurangkan makan makanan yang tidak sihat seperti fast food dan sebagainya.

OLATHEE

Sebenarnya, masih ada alternatif yang lebih semulajadi untuk bantu anda turunkan berat badan secara semulajadi dan selamat iaitu dengan teh herba. Teh herba ini bukanlah seperti yang anda bayangkan iaitu teh 'detox' yang membuatkan anda membuang-buang, tetapi lebih berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Teh herba dari OLATHEE menggunakan campuran herba asli yang sebenar

 

Teh herba seperti Oolong, Puerh, Ginseng, Peppermint dan lain-lain tinggi dengan 'antioxidant' dan beberapa kelebihan kesihatan yang mampu tingkatkan metabolisma, pembakaran kalori dan lemak anda secara semulajadi dan selamat.

 olathee weight loss support, inch loss tape, weight loss tracker, olathee merchandise

Lebih mudah, anda boleh cuba teh herba OLATHEE dengan 13 jenis herba untuk teh siang dan malam yang disediakan dalam pakej 15 dan 30 hari untuk bantu cepatkan proses turunkan berat badan anda secara semulajadi yang didatangkan dalam bentuk set dengan pelbagai 'extra weight loss support'!