Placeholder 7 Mitos Untuk Turunkan Berat Badan – OLATHEE

7 Mitos Untuk Turunkan Berat Badan

7 Mitos Untuk Turunkan Berat Badan

Kita seringkali mempercayai secara bulat-bulat dengan fakta yang belum tentu sahih dari segi saintifik. Lihat sahaja pada zaman teknologi ini di mana berita-berita dapat disebarkan dengan begitu pantas.

Walaupun dari sudut positifnya ia menjadi sesuatu yang bagus jika berita dan cerita yang disebarkan adalah cerita yang baik. Tetapi jika cerita dan berita itu hanyalah mitos dan rekaan semata-mata? ia sudah tentunya akan memberikan impak yang negatif pada pembaca dan lebih parah jika pembaca tersebut meniru atau mengamalkan cerita dan mitos tersebut.

Sama juga dengan beberapa mitos yang melibatkan penurunan berat badan. Ada beberapa mitos berkenaan dengan penurunan berat badan yang harus kita teliti terlebih dahulu sebelum mengamalkannya. Jom kita lihat dan teliti mitos-mitos turunkan berat badan :

1) Diet tanpa nasi atau kurang karbohidrat

Diet tanpa nasi adalah satu jenis diet yang sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji. Diet tanpa nasi memang agak efektif untuk menurunkan berat badan dalam jangka masa yang pendek. Tetapi, tidak ramai yang tahu jika kita sudah lama tidak mengambil nasi dan karbohidrat katakan dalam tempoh sebulan dan pada waktu itu kita mula mengambil nasi walaupun pada kuantiti yang sedikit, berat badan kita akan melantun naik semula seperti dulu kala.

Hal ini kerana diet tanpa karbohidrat akan menyebabkan lemak air atau sodium sahaja yang hilang, tetapi tidak pada lemak tepu yang memang sukar untuk hilang. Perlu diingatkan juga, badan kita memerlukan karbohidrat untuk tenaga seharian. Jika anda inginkan diet tanpa nasi, sebaik-baiknya gantikan nasi putih  dengan nasi perang (brown rice) yang lebih rendah kanji.

2) Makan small portion tetapi banyak kali

Makan hidangan yang kecil dengan kekerapan yang tinggi untuk meningkatkan metabolisme dan membantu menurunkan berat badan juga adalah satu mitos. Walaupun dengan hidangan yang kecil, tetapi jika anda tidak mengambil tahu bilangan kalori setiap hidangan ianya akan tetap melebihi nilai kalori seharian yang anda perlu ambil.

Malah, ada kajian yang dilakukan membuktikan bahawa individu yang makan lebih daripada 3 kali mempunyai berat yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak kerap makan. Juga, mereka yang makan 5 hingga 6 hidangan sehari lebih cenderung untuk terlebih makan.

3) Tak boleh makan selepas jam 6

Ini adalah satu mitos yang paling popular dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Pasti ramai yang pernah terdengar ayat, "Sarapan seperti seorang raja, makan tengahari seperti seorang putera dan makan makan seperti pengemis", menerangkan bagaimana kita harus makan dalam sehari.

Dan ramai juga yang mempercayai mitos bahawa anda tak sepatutnya makan apa-apa selepas pukul 6 petang. Kajian terbaru menunjukkan bahawa waktu makan anda tidak penting, sebaliknya jumlah pengambilan kalori dalam sehari adalah lebih penting. 

Jadi, perkara yang lebih penting adalah untuk membakar lebih banyak kalori untuk menurunkan berat badan. Mitos ini wujud kerana beranggapan kebanyakan orang tidur pukul 10 malam, dan anda sepatutnya tidak makan 4 jam sebelum tidur kerana karbohidrat yang dimakan biasanya tidak akan digunakan dan ditukarkan menjadi lemak.

Tetapi jika anda mempunyai gaya hidup yang aktif, sebagai contoh anda biasanya berjogging atau badminton pada jam 9 malam dan tidur pada jam 11 malam, maka makan pada jam 6 hingga 8 malam tidak menjadi masalah. Tetapi yang menjadi masalah adalah apabila anda makan dalam tempoh 30 minit sebelum tidur. Pada waktu itu, sistem badan kita dalam keadaan rehat dan sudah tidak efektif untuk mencerna makanan terutama makanan yang berat dan ia boleh menyebabkan kegemukan.

4) Lebih lama exercise, lebih cepat turun berat

Apabila bercakap mengenai gimnasium dan senaman, apa yang penting adalah kualiti senaman dan bukannya tempoh senaman. Anda boleh habiskan masa 4 jam di dalam gimnasium setiap hari, tetapi tak akan nampak hasil jika anda tak tahu apa yang anda buat sebenarnya.

Apa yang penting ialah teknik dan seberapa banyak 'repitition' atau 'set' yang anda tetapkan. Tempoh yang disyorkan untuk bersenam adalah di antara 30 hingga 60 minit, dengan syarat anda benar-benar bersenam ke tahap maksimum.

5) Lemak buat anda gemuk

Setiap 1 gram lemak, terkandung 9 kalori manakala setiap 1 gram protein mengandungi 4 kalori. Makan makanan yang berlemak menyumbang kepada kalori yang tinggi dan menggemukkan, oleh anda perlu berhati-hati dengan makanan tinggi lemak.

Namun, ia tak bermaksud anda perlu membuang lemak 100% daripada diet anda. Untuk menurunkan berat, kira pengambilan kalori yang anda harus ambil untuk sehari dan imbangkan di antara pengambilan protein, karbohidrat dan lemak.

Malah, untuk buang lemak, anda perlu makan lemak, iaitu lemak yang baik seperti lemak tak tepu. Contoh makanan yang mengandungi lemak baik ini adalah buah avocado, ikan salmon, kacang badam, minyak zaitun dan banyak lagi.

6) Lebih tinggi usia, lebih meningkat berat badan

Berat badan anda tak akan meningkat dengan berlebihan apabila umur anda semakin meningkat jika anda mengekalkan gaya hidup yang sihat. Jika anda sering bersenam dan makan secara sihat sepanjang anda ketika muda, anda tak akan mengalami masalah berat badan ketika berusia 50 atau 70 tahun.

Kunci untuk kekal sihat dengan berat badan sesuai adalah senaman sepanjang hayat. Ya, anda harus bersenam secara konsisten dan bukannya hanya untuk bentuk badan yang menarik sahaja. Ramai orang mengatakan "usia tua" adalah penyebab mengapa mereka mengalami masalah berat badan, tetapi itu hanyalah alasan mereka yang malas.

7) Detox dan cuci usus dapat turunkan berat badan

Proses detox atau cuci usus untuk turunkan berat badan dengan cara perlu membuang air besar 4-5 kali sehari adalah satu mitos semata-mata. Apa yang hilang hanyalah air yang banyak dalam badan dan memberikan efek seperti anda kehilangan berat badan.

Lemak-lemak bukannya kesemuanya tersimpan di dalam usus, sebaliknya lemak melekat di permukaan kulit. Proses membuang lemak perlu mengambil satu tempoh masa tertentu dan bukannya dalam masa yang singkat dengan membuang air besar.

Summary

Bila bercakap tentang nak kuruskan badan memang ada banyak cara/teknik yang anda boleh cari dan gunakan tetapi perlu diingatkan sebelum melakukan cara dan teknik tersebut lebih baik anda buat kajian terlebih dahulu sebelum lakukan perkara tersebut. 

Sama juga jika anda ingin mencuba sebarang produk untuk kuruskan badan, buat kajian tentang bahan-bahan yang digunakan dan teliti terlebih dahulu setiap feedback customer dan lebih baik jika ada video result bagi customer yang telah berjaya kurus dengan produk tersebut kerana ia lebih realistik dari feedback WhatsApp yang boleh diedit. 

OLATHEE

Sebenarnya, masih ada alternatif yang lebih semulajadi untuk bantu anda turunkan berat badan secara semulajadi dan selamat iaitu dengan teh herba. Teh herba ini bukanlah seperti yang anda bayangkan iaitu teh 'detox' yang membuatkan anda membuang-buang, tetapi lebih berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Teh herba dari OLATHEE menggunakan campuran herba asli yang sebenar

 

Teh herba seperti Oolong, Puerh, Ginseng, Peppermint dan lain-lain tinggi dengan 'antioxidant' dan beberapa kelebihan kesihatan yang mampu tingkatkan metabolisma, pembakaran kalori dan lemak anda secara semulajadi dan selamat.

 olathee weight loss support, inch loss tape, weight loss tracker, olathee merchandise

Lebih mudah, anda boleh cuba teh herba OLATHEE dengan 13 jenis herba untuk teh siang dan malam yang disediakan dalam pakej 15 dan 30 hari untuk bantu cepatkan proses turunkan berat badan anda secara semulajadi yang didatangkan dalam bentuk set dengan pelbagai 'extra weight loss support'!