Placeholder 4 Senaman Rumah Khas Untuk Kecilkan Bahagian Badan Tertentu – OLATHEE

4 Senaman Rumah Khas Untuk Kecilkan Bahagian Badan Tertentu

4 Senaman Rumah Khas Untuk Kecilkan Bahagian Badan Tertentu

Kebiasaannya untuk sesetengah wanita yang masih belum capai berat ideal pasti ada bahagian-bahagian badan yang menjadi salah satu sebab kenapa banyak baju yang dicuba tidak muat. Bagi sesiapa yang bacaan BMI melebihi 30 memang OLATHEE galakkan untuk turunkan berat badan secara keseluruhan dahulu. Senaman ini masih boleh dilakukan, tapi mungkin akan ambil sedikit masa yang lama untuk nampak kesannya dan perlu lebih konsisten. Bagi yang bacaan BMI bawah 30 mungkin lebih mudah untuk bentukkan badan dengan senaman. Check BMI anda di sini.

Untuk kecilkan bahagian-bahagian badan yang tertentu, kita terlebih dahulu perlu kenalpasti bahagian badan yang mana kita perlu fokuskan. Sebagai contoh bahagian bawah lengan, perut, peha dan pinggul. Ada beberapa contoh senaman yang boleh dilakukan untuk kecilkan bahagian tersebut antaranya ialah :

1. Senaman untuk kecilkan bawah lengan

Senaman di rumah yang sesuai untuk kecilkan bahagian lengan ialah dengan senaman 'push up'. Bagi sesiapa yang baru mulakan senaman seperti ini perlu pastikan anda telah lakukan pemanasan badan 'warm up' terlebih dahulu. 

 Senaman ini boleh dilakukan bila-bila sahaja tanpa perlu ke gym. Ambil masa dalam 10-15 minit untuk lakukan senaman ini 3 kali seminggu atau 5 kali seminggu untuk dapatkan hasil yang lebih cepat.

2. Senaman untuk kecilkan peha

Senaman ini boleh juga dilakukan di mana-mana tempat mengikut masa yang ditetapkan anda sendiri. Senaman seperti ini akan jadi lebih efektif jika anda lakukannya secara berjadual sama ada setiap hari, atau 3-4 kali seminggu.

Senaman ini hanya mengambil tempoh dari 5-10 minit tanpa sebarang alat pemberat dan peralatan senaman yang lain. 

3. Senaman untuk kecilkan pinggul

Bagi anda yang ada masalah pinggul yang besar atau lebar dan nak bentukkan pinggul dengan lebih cantik, boleh lakukan senaman seperti squat. Squat ada beberapa variasi yang boleh digunakan dan lebih fokus pada bahagian pinggul yang tertentu seperti belah tepi atau belakang pinggul. 

Bagi anda yang masih baru dan tak pernah lakukan squat boleh tonton video di atas untuk dapatkan cara yang betul untuk squat. 

4. Senaman untuk kempiskan perut

Senaman untuk kempiskan perut merangkumi senaman yang melibatkan abdomen dan mungkin agak payah untuk dilakukan pertama kali bagi sesiapa yang mempunyai BMI melebihi 25. Bagi anda yang belum turunkan berat badan secara keseluruhan adalah lebih baik untuk capai berat ideal dahulu dan jadikan senaman ini sebagai senaman dalam proses terakhir untuk mencantikkan bentuk badan anda. 

Lakukan senaman perut ini mengikut kemampuan anda. Jika boleh lakukannya secara berjadual adalah lebih baik supaya anda dapat lakukannya secara konsisten.

CARA CEPATKAN PROSES DAPAT BENTUK BADAN IDAMAN ANDA

Sebenarnya, masih ada alternatif yang lebih semulajadi untuk bantu anda turunkan berat badan secara semulajadi dan selamat iaitu dengan teh herba. Teh herba ini bukanlah seperti yang anda bayangkan iaitu teh 'detox' yang membuatkan anda membuang-buang, tetapi lebih berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Teh herba dari OLATHEE menggunakan campuran herba asli yang sebenar

 

Teh herba seperti Oolong, Puerh, Ginseng, Peppermint dan lain-lain tinggi dengan 'antioxidant' dan beberapa kelebihan kesihatan yang mampu tingkatkan metabolisma, pembakaran kalori dan lemak anda secara semulajadi dan selamat.

 olathee weight loss support, inch loss tape, weight loss tracker, olathee merchandise

Lebih mudah, anda boleh cuba teh herba OLATHEE dengan 13 jenis herba untuk teh siang dan malam yang disediakan dalam pakej 15 dan 30 hari untuk bantu cepatkan proses turunkan berat badan anda secara semulajadi yang didatangkan dalam bentuk set dengan pelbagai 'extra weight loss support'!