Placeholder Suka Mengunyah Di Tempat Kerja? Bawa 5 Snek Sihat Ini Ke Pejabat – OLATHEE

Suka Mengunyah Di Tempat Kerja? Bawa 5 Snek Sihat Ini Ke Pejabat

Suka Mengunyah Di Tempat Kerja? Bawa 5 Snek Sihat Ini Ke Pejabat

Suka mengunyah atau 'snacking' adalah antara salah satu masalah/penyebab wanita yang bekerja di pejabat sukar untuk turunkan berat badan. Sebenarnya mengunyah tidak memberikan sebarang masalah pada proses penurunan berat badan, tetapi yang menjadi masalah adalah jenis makanan yang dikunyah.

Memang menjadi kebiasaan, apabila kita merasa mengantuk, bosan dan stress di tempat kerja akan datang satu perasaan di mana kita terasa seperti ingin mengunyah sesuatu. Kebanyakan daripada kita akan terfikir untuk mengunyah sesuatu yang biasa seperti keropok, biskut, kacang dan sebagainya yang memang tinggi kalori, lemak dan sodium.

Tetapi pernah tak anda terfikir bahawa terdapatnya makanan yang dijadikan sebagai alternatif lain dan lebih sihat untuk dikunyah dan mungkin boleh dibawa ke pejabat sebagai simpanan snek yang sihat. Oleh itu ini adalah beberapa snek sihat yang boleh dijadikan alternatif yang lebih sihat untuk dikunyah di tempat kerja. Snek-snek ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai pengubat kepada masalah suka mengunyah anda, juga boleh dijadikan sebagai sumber tenaga yang sihat di tempat kerja.

1. Nuts 

Kacang yang dimaksudkan ini bukanlah kacang RM 1 yang biasa dijual dalam pek kecil yang biasa kita makan. Kacang ini adalah kacang yang asli di mana ia tidak dimaniskan/diperisakan (unflavoured/unsweetened). Kacang seperti ini boleh didapati di kebanyakan pusat membeli belah dan jika anda masih inginkan kacang yang berperisa sila pastikan anda menyemak terlebih dahulu kandungan nutrisinya dan pastikan kandungan gula dan sodium tidak melebih-lebih. Kacang juga memberikan kesan kenyang yang agak panjang kerana kandungan protein di dalamnya.

2. Dried Fruit

Dried fruit adalah buah-buah yang dikeringkan dan boleh dijadikan sebagai snek yang sihat di mana ia kaya dengan fiber dan vitamin lain yang meningkatkan sistem penghadaman badan. Antara dried fruit yang boleh dijadikan amalan ialah buah prune, kurma, apricot dan banyak lagi. Tetapi perlu diingatkan hanya cari dried fruit yang tidak dimaniskan kerana ia lebih baik untuk anda yang ingin turunkan berat badan.

3. Greek Yogurt

Greek yogurt adalah salah satu pilihan snek sihat yang boleh dimakan di dalam tempoh 'in between' meals. Adalah lebih baik jika yogurt yang dipilih berlemak rendah dan tidak dimaniskan (plain). Untuk menjadikan yogurt sebagai snek yang menarik, anda boleh campurkan yogurt dengan buah-buahan seperti apple, blueberry dan strawberry.

4. Oatmeal

Oatmeal juga adalah salah satu snek sihat yang mudah disediakan dan memberikan rasa kenyang yang lama. Hanya dapatkan oatmeal yang tidak ditambah gula dan sebarang perisa. Jika anda ingin menambah perisa anda sendiri, hanya tambah buah-buahan seperti pisang, blueberry dan kismis. Oatmeal sesuai dimakan sebagai snek 'in between meals' di antara tempoh makan pagi dan tengahari atau di antara makan tengahari dan malam.

5. Tuna 

Tuna yang dimaksudkan ini adalah tuna yang tidak dicampurkan dengan mayonis atau sos lain. Tuna ini biasanya didapati dalam tin dan dalam bentuk chunk. Bagi anda yang ingin bawa makanan seperti tuna di tempat kerja anda tidak perlu bawa satu tin tuna. Hanya sediakan satu ziplock bag atau bekas makanan yang kecil untuk menyimpan tuna itu. Tuna adalah salah satu makanan berprotein tinggi yang sesuai dijadikan snek.

The Final Thoughts

Snek-snek yang dicadangkan ini hanyalah cadangan dari kami untuk memudahkan anda mencari alternatif yang sihat untuk mengunyah daripada mengunyah snek-snek yang tidak sihat. Perkara yang paling penting dan perlu ada dalam proses menurunkan berat badan adalah dengan mengawal kalori pemakanan anda setiap hari. Selain itu, dengan senaman juga anda boleh dapatkan result yang lebih cepat untuk turunkan berat badan. Tetapi disebabkan jadual kita yang bekerja agak padat dan susah untuk mencari masa bersenam, ramai yang terus rasa 'give up' untuk kurus. Lebih baik jika ada sesuatu yang boleh membantu anda untuk mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan dengan selamat dan semulajadi. 

OLATHEE

Sebenarnya, ada cara yang lebih semulajadi untuk bantu anda turunkan berat badan secara semulajadi dan selamat iaitu dengan teh herba. Teh herba ini bukanlah seperti yang anda bayangkan iaitu teh 'detox' yang membuatkan anda membuang-buang, tetapi lebih berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Teh herba dari OLATHEE menggunakan campuran herba asli yang sebenar

Teh herba seperti Oolong, Puerh, Ginseng, Peppermint dan lain-lain tinggi dengan 'antioxidant' dan beberapa kelebihan kesihatan yang mampu tingkatkan metabolisma, pembakaran kalori dan lemak anda secara semulajadi dan selamat.

Teh herba seperti Oolong, Puerh, Ginseng, Peppermint dan lain-lain tinggi dengan 'antioxidant' dan beberapa kelebihan kesihatan yang mampu tingkatkan metabolisma, pembakaran kalori dan lemak anda secara semulajadi dan selamat.

 olathee weight loss support, inch loss tape, weight loss tracker, olathee merchandise

Lebih mudah, anda boleh cuba teh herba OLATHEE dengan 13 jenis herba untuk teh siang dan malam yang disediakan dalam pakej 15 dan 30 hari untuk bantu cepatkan proses turunkan berat badan anda secara semulajadi yang didatangkan dalam bentuk set dengan pelbagai 'extra weight loss support'!