Ini 9 Cara Kurus Semulajadi Tanpa Ubat-Ubatan
Setiap wanita pasti inginkan berat badan yang ideal dengan bentuk badan yang lebih cantik. Mengekalkan berat ideal bukan sahaja penting untuk penampilan dan kecantikan semata-mata, tapi lebih penting untuk kesihatan jangka masa panjang.
Berat ideal Tetapi proses ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan bukan juga perkara yang sukar. Tempoh penurunan berat badan setiap wanita adalah berbeza berdasarkan faktor pemakanan, gaya hidup, umur dan genetik. Penting untuk anda mengetahui faktor-faktor ini terlebih dahulu sebelum memulakan 'weight loss journey' anda.
Jangan mengambil jalan mudah dengan memilih untuk menggunakan pil-pil berbahaya dan pembedahan plastik. Apa yang penting adalah kesihatan badan anda, bukan kecantikan semata-mata.
Ada beberapa cara semulajadi yang anda boleh cuba dan sesuaikan dengan kemampuan anda. Ini 12 tips untuk turunkan berat badan secara semulajadi tanpa ubat-ubatan :
1. Tingkatkan Pengambilan Protein
Cara mudah untuk tingkatkan protein dalam makanan seharian? tukarkan lauk makanan anda kepada bahagian yang lebih 'lean' dan kurang lemak. Contohnya, dengan hanya makan ayam bahagian dada, ikan atau telur goreng kepada telur rebus.
Anda juga boleh tambahkan tauhu, tempeh, ubi kentang, ubi keledek dan sayuran tinggi berprotein seperti bayam.
2. Elakkan Makanan Diproses
Cuba sebaik mungkin untuk hadkan diri anda dari makan makanan yang diproses. Makanan diproses ini tinggi dengan garam (sodium) dan lemak tepu. Ini termasuk makanan seperti sosej, kentang goreng, nugget, daging burger, sardin tin, tuna tin, roti putih, bijirin berwarna dan keropok.
3. Simpan Makanan dan Snek Sihat
Banyakkan makanan dan snek sihat di rumah anda. Apabila anda terasa ingin mengunyah anda akan ada pilihan yang lebih sihat. Contoh snek sihat adalah epal, almond, kacang gajus, yogurt, oatmeal dan banyak lagi yang boleh anda cari mengikut bajet dan kegemaran anda.
4. Hadkan Pengambilan Gula Berlebihan
Kebiasaan meminum minuman manis setiap hari adalah salah satu punca besar yang melambatkan proses 'losing weight'. Cuba untuk hadkan pengambilan air manis seharian.
Mulakan perlahan-lahan dengan kurangkan kekerapan anda meminum air manis dari 2 kali sehari kepada sekali sehari/seminggu sekali/sebulan sekali. Ikut kemampuan anda dan gantikan minuman tersebut dengan air kosong atau teh tanpa kalori.
5. Minum Air Yang Cukup
Pengambilan air yang cukup bukan bermaksud minum air kosong 8 gelas sehari, apa-apa minuman akan dikira sebagai satu gelas air yang diperlukan badan. Yang paling penting anda pandai untuk menggantikan air tersebut dengan minuman rendah atau 0 kalori. Teh herba tanpa gula adalah pilihan yang sangat sesuai untuk gantikan minuman kosong.
6. Minum Teh Herba (Tanpa Gula)
Teh herba seperti Oolong, Puerh, Ginseng, Peppermint dan lain-lain tinggi dengan 'antioxidant' dan beberapa kelebihan kesihatan yang mampu tingkatkan metabolisma, pembakaran kalori dan lemak anda secara semulajadi dan selamat.
Lebih mudah, anda boleh cuba teh herba OLATHEE dengan 13 jenis herba untuk teh siang dan malam yang disediakan dalam pakej 15 dan 30 hari untuk bantu cepatkan proses turunkan berat badan anda secara semulajadi.
7. Hadkan Pengambilan 'Refined Carbs'
'Refined carbs' atau karbohidrat ditapis adalah makanan proses yang tinggi dengan gula tersembunyi dan nutrien yang dibuang dan dikeluarkan. Kebiasaanya makanan ini tidak terasa begitu manis ketika dimakan dan kita akan beranggapan ia makanan yang sihat.
Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu contoh 'refined carbs' dan menganggap ia makanan yang biasa dan tidak diproses. Contoh makanan'refined carbs' adalah roti putih, roti berinti, kek, beras putih, pasta dan bijirin (cereal).
8. Gunakan Pinggan Yang Kecil
Tips yang mudah tetapi sangat berguna, gunakan pinggan kecil setiap kali makan untuk melatih diri anda supaya tidak terlebih makan. Lama kelamaan anda akan biasakan perut anda untuk kenyang dengan makanan yang lebih sedikit dan lebih mudah untuk turunkan berat badan.
9. Dapatkan Tidur Yang Cukup
Jangan ambil mudah soal tidur yang cukup. Dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam untuk pastikan tahap metabolism dan kesihatan badan anda pada keadaan yang terbaik untuk mudahkan proses turunkan berat badan. Tidur yang tidak cukup akan terus mengganggu proses penurunan berat badan anda.
Semoga tips-tips ini dapat memudahkan anda untuk memulakan 'weight loss journey' secara semulajadi. Mulakan dengan perkara yang lebih mudah terlebih dahulu. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau ingin dapatkan lebih info tentang OLATHEE herbal teas, boleh klik di sini