Story of OLATHEE(Malay Version)
The Unforgettable And Panicking Moment
Masih ingat lagi, dan masih segar di ingatan sekitar pada bulan september tahun 2015. Isteri saya 'Elly" pitam secara tiba-tiba di ruang tamu rumah saya di Port Dickson. Di dalam genggaman dia ada satu botol ubat kecil yang saya sendiri tak pernah perasan selama ni.
Sementara menenangkan Elly yang dalam keadaan sangat terseksa saya sangat panik dan terkejut. Tak pernah lagi saya tengok isteri rebah secara tiba-tiba macam ni. Saya buat keputusan dengan cepat untuk menghantar Elly di klinik yang berdekatan.
Our selfie photo circa 2015
Lepas balik dari klinik, doktor hanya cakap degupan jantung Elly laju dan mungkin tak cukup tidur dan rehat. Tapi saya rasa ini mesti ada kena mengena dengan botol ubat kecil berwarna pink yang Elly genggam tadi.
Saya mula bertanya kepada Elly, "Apa Elly makan ni ?", Elly pun jawab "Ni la *&%$#slim yang elly makan selama ni.. abang tak perasan ke?". Hmmm mungkin salah saya sebab tak perhatikan apa supplement yang dia makan selama ni.
Sebelum ni Elly ada jugak merungut susah nak tidur, rasa tak boleh duduk diam dan cepat berpeluh walaupun tak bersenam. Tapi saya buat tak endah je, rasa macam benda tu biasa. Tapi bila dan pengsan-pengsan sampai macam ni saya rasa macam tak boleh dibiarkan berlarutan.
Nak marah pun benda dah jadi, saya cuma ambil dan buang pil-pil merepek yang dia ada. Saya tau yang dia memang 'struggle' untuk kuruskan badan, diet dan exercise semua buat juga tapi mungkin lemak badan 18kg yang dah melekat setahun lepas perkahwinan ni agak susah untuk dibuang.
Listening To Her Problems
Elly after a year of marriage (photo taken circa 2015)
Saya pun tanya betul-betul pada Elly. "kenapa Elly nak kurus sangat ? relax jelah..Abang tak kisah pun". "Abang memang tak kisah, tapi Elly kisah! Abang tak pernah ambik tau pun, Elly dah tak boleh nak pakai baju yang Elly suka! Elly sendiri tak boleh modelkan baju yang Elly jual! Sale 'Infigacy' pun drop sebab tu !
"Elly pun taknak orang lain tengok abang bila abang jalan dengan Elly, Elly nampak macam makcik-makcik sedih tau tak!" "Ingat Elly nak sangat ke pengsan-pengsan sampai macam ni, Elly memang desperate nak kurus!
Elly's selfie photo circa 2015
Saya tersentap dan terdiam sementara lepas dibebelkan Elly. Hmmm saya dah mula rasa bersalah. Saya sendiri tak dengar apa luahan sebenar hati seorang isteri, selama ni saya buat bodoh dan tidak ambil kisah dengan apa yang terjadi.
Elly hanya mampu pakai jubah hampir setiap hari dan tak ada fesyen yang sesuai untuk dirinya yang overweight.
Saya tau kalau saya biarkan masalah ni berterusan benda akan jadi makin teruk, sebab sebagai seorang suami saya sendiri nampak yang isteri saya memang dah tak berkeyakinan nak bergambar macam dulu-dulu dan membuatkan dia stress.
Suami mana yang nak tengok isteri stress sebab naik berat badan lepas tu desperate sampai makan ubat kurus. Sampai saya sendiri pun stress dibuatnya. Saya fikir, saya tak akan selesa kalau melihat isteri saya dalam keadaan seperti ni. Gemuk atau kurus tak kisah, tapi ia melibatkan emosi dan hubungan dalam rumahtangga.
The Plan Of Action
Saya pun mula mencari alternatif lain untuk bantu isteri saya turunkan berat badan. Dia nak pergi ke gym pun memang tak sempat sebab pada masa tu dia masih dalam latihan industri (Intern) di Air Asia Penang sebagai accountant assistant. So faham-faham aja lah waktu balik sebagai seorang yang bekerja dalam bidang accounting ni pun agak lewat. Kadang-kadang waktu balik kerja sehingga jam 10-11 malam.
Saya pula jauh di UTM Skudai menghabiskan semester keenam. Masa tu memang betul-betul busy dengan thesis. Tapi pada satu hari ni saya ada menceritakan dengan seorang 'Chinese friend’ tentang masalah berat badan Isteri. Sebab saya tahu memang ada cara semulajadi untuk bantu Elly percepatkan lagi proses dia untuk menurunkan berat badan. Pada masa tu pun sudah sedia maklum mereka yang berbangsa cina memang lebih arif tentang teh herba cina dan segala yang berkaitan dengan herba.
Memang rezeki pada hari tu, kawan cina saya pun ada memberikan idea tentang beberapa jenis herba yang boleh bantu untuk turunkan berat badan. Saya mula buat ‘research’ sendiri tentang beberapa jenis harinya saya pergi ke kedai herba cina yang terdekat.
Selepas saya tunjukkan senarai tersebut pada pekerja di kedai herba cina itu, Dia pun mula ke hulu ke hilir mengambil beberapa sample herba dalam plastik kecil. Dan mula bertanya banyak soalan yang saya sendiri susah nak jawab."Berapa gram nak? "You nak buat apa semua ni?" "Untuk slimming ka? you pun sudah kurus" "You tahu ke macam mana mau buat?" banyak pula soalan dia. Nampaknya sebenarnya dia sendiri pun tahu yang ramuan herba ni memang untuk kurus. Saya pun menjawab "Bukan saya yang nak kurus, tapi isteri saya hehe".
Pekerja tu pun terangkan pada saya cara rebus dan campur herba-herba ni semua. Baru saya tahu yang herba ni semua ada cara campurannya dan ada yang hanya boleh diminum di waktu pagi dan ada yang hanya boleh diminum di waktu malam.
Saya pun dah excited nak bagi Elly cuba, memang dah ready nak bayar. Sekali tengok pada paparan total price cashier machine "RM 579". Memang terkejut dibuatnya! mahal betul! Nak taknak pekerja ni dah cari semua herba ni. memang terpaksa invest demi membantu seorang isteri.
Herb/tea infuser
Memang tambah satu kerja dibuatnya, saya kena beli jugak infuser untuk rebus herba-herba ni semua. Waktu cuti hujung minggu saya sempat naik flight jumpa Elly di Pulau Pinang untuk bagi herba-herba ni untuk dia cuba. "Abang ni betul ke ni? Elly pun dah taknak pengsan-pengsan lagi. ni apa benda pulak ni?"
"Elly ikut je cakap abang, atleast kita cuba". saya cuba meyakinkan Elly. Tapi biasalah perempuan ni banyak tanya. "Ni yang detox tu ke?" boleh dia tanya lagi pulak. "Ni bukan detox tea yang buat Elly cirit birit tu, ni memang ramuan abang dapat dari orang cina, guna untuk kurus.. cuba dulu boleh tak !" geram pula saya bila banyak ditanya.
The Major Changes
Setelah hampir sebulan saya mula nampak perubahan sedikit demi sedikit pada Elly, Mula-mula tu dalam 10 hari tak nampak lagi. Masa tu lah pula dia masih lagi skeptikal "Tak turun lagi pun abang". Saya pun macam biasa, suruh dia teruskan. Tapi bila dah dekat sebulan, kali ni Elly pula yang naik flight dari Penang ke Skudai dan saya rasa bangga dan terkejut sebab bila tengok depan-depan Elly sendiri memang dah ada banyak penurunan berat! Muka makin ceria, pakaian pun dah makin bergaya. Dah start pakai seluar dan blouse. Kalau tak setiap kali jumpa pakai jubah je. Saya pun macam tak percaya dan dalam hati saya berkata "Function jugak herba cina ni, ingatkan aku dah kena tipu dengan cina hari tu" tergelak kecil saya pada hari tu.
Elly's first changes with herbal teas (Photo circa early 2016)
Tapi biasalah, bila dah turun lebih 10kg dia nak turun lagi sikit. Cuma masalah pada masa tu ialah cara nak menyediakan herba tu agak lambat sebab kena rebus pakai infuser dan kos untuk kegunaan 3 minggu sahaja dalam RM 500++. Saya pun berniat dan bertekad pada satu hari nanti saya akan custom sendiri herba ni dan buat dalam bentuk uncang teh.
Dalam tempoh lagi beberapa minggu lagi akhirnya Elly dapat turunkan berat badan sebanyak 18kg dari berat dia 74kg turun sehingga 56kg. Saya mula merasa lega bila dia dah kurus. Elly pun dah tak ada stress tak tentu pasal, kalau tak dulu asik bergaduh je. Alhamdulillah Elly semakin yakin dengan diri dia dan always in a good mood and in a good look.
A Business With A Purpose
Setelah sekian lama menyepi di media sosial. Akhirnya Elly kembali aktif di Facebook dan Instagram dan mula memuatnaik gambar transformasinya dari overweight ke berat ideal dan Elly yang dikenali sebagai Suhaili Salleh/Madam Ell mula explain kepada followers nya kenapa dia menyepi disebabkan overweight. Orang mula bertanya "macam mana Madam Ell kurus?"
Suhaili Salleh (Elly) tekad untuk bantu wanita untuk capai berat ideal dan yakin dengan penampilan diri (Photo circa 2019)
Tapi tu lah, Elly ni memang suka share pada orang dan dia pun tak nak simpan sendiri. Dari situ saya dan Elly pun mula memikirkan. Apa salahnya kalau kami jadikan herba asli ni sebagai produk yang betul-betul boleh membantu ramai orang yang mengalami masalah macam Elly pada suatu ketika dulu? Dari situlah bermulanya titik permulaan brand Olathee.
Kami buat keputusan untuk jadikan teh herba asli ni sebagai bisnes kami dan yang penting, dengan bisnesn ni kami dapat membantu mereka yang ada masalah macam Elly dulu. Kurang keyakinan untuk berfesyen dan bergambar, even nak berdepan dengan orang sekeliling pun susah.
Elly yang sekarang dikenali sebagai Madam Ell/Suhaili Salleh, mempunyai misi utama dan sangat penting buat diri dia sebab Madam Ell nak semua golongan wanita yang rasa tak ada harapan untuk kurus untuk bangkit kembali dan percaya dengan potensi diri masing-masing untuk capai berat ideal dan ubah hidup mereka.
We travelled nationwide to get their success stories and celebrate the achievement with them
Some of the 'OLATHEE Ultimate Result' yang dah dibantu untuk kembali yakin dengan penampilan diri menggunakan cara OLATHEE (formerly known as LUSLIMLABEB)
"Once you achieved your weight goals, you'll experience things that you never expected before" - Suhaili Salleh, Co-Founder OLATHEE
Even both of us can go with any fashion that we liked as a couple. (USA Circa 2019)
Pada mulanya teh herba ini dikenali dengan nama LUSLIMLABEB™ dan ini hanyalah nama eksperimen dan nama yang datang dalam kepala saya sebab saya sendiri tak tahu nak bagi nama apa pada teh herba kurus ni.
Sebab tak pernah terfikir untuk jual pada orang ramai. Saya pun tak nak gunakan nama yang typical macam INISLIM ITUSLIM APASLIM semua nak tambah SLIM je.
OLATHEE early packaging with LUSLIMLABEB as the product name
So sy terus jadikan satu nama yang kalau disebut seperti satu teguran "LU SLIM LA BEB" hehe memang kelakar, Tapi yang penting product presentation saya buat macam international level dari segi packaging, branding, logo dan lain-lain. Sebab saya nak semua nampak yang LUSLIMLABEB™ memang lain daripada yang lain.
Tapi alhamdulillah, sejak 2018 produk ini dikenali dengan jenama OLATHEE dalam usaha kami untuk memasarkan produk semulajadi ini lebih jauh di peringkat antarabangsa.
Madam Ell dan Olathee di hadapan Statue Of Liberty New York USA
Madam Ell dan pelancaran Olathee for Mommies
Tak sangka pula sekarang jenama OLATHEE ini disebut-sebut ramai dan mereka berjaya berubah jadi lebih baik dan lagi berkeyakinan tanpa perlu makan ubat kurus berbahaya. Saya dan Elly akan teruskan perjuangan ni untuk bantu lebih ramai orang dan educate lebih ramai lagi untuk berubah kepada produk 'natural' dan lebih selamat.
"I became more happier than ever when seeing my wife looking great with her confidence after losing weight" - Syukri Harish, Founder CEO of OLATHEE
OLATHEE HERBAL TEAS
Olathee Essential Herbal Teas with new look and affordable package 2021
Olathee herbal teas adalah pilihan semulajadi untuk turunkan berat badan dalam bentuk teh herba dari 13 jenis termasuk Oolong, Puerh dan Ginseng.
Teh ini bertindak sebagai 'Natural Booster' bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan dengan lebih selamat jika hanya dengan senaman dan penjagaan makanan sahaja tidak begitu efektif bagi anda. (sila baca di sini untuk melihat senarai herba yang ada dalam Olathee