Placeholder Oolong, herba cina yang tidak dikenali ramai, tetapi lebih efektif dar – OLATHEE

Oolong, herba cina yang tidak dikenali ramai, tetapi lebih efektif dari teh hijau..

Oolong, herba cina yang tidak dikenali ramai, tetapi lebih efektif dari teh hijau..

Sejarah Kewujudan Oolong

Oolong, nama yang begitu asing bagi masyarakat Malaysia dalam kategori teh kurus. Masyarakat Malaysia sudah terbiasa dengan teh hijau dan setiap kali carian di google berkenaan dengan teh kurus, teh hijau akan terpapar keluar terlebih dahulu.

Sejak beberapa dekad teh hijau memang telah menjadi popular sebagai teh pilihan bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Tetapi tidak semua yang tahu tentang kewujudan Oolong sebagai teh kurus yang lebih efektif selain teh hijau.

Oolong telah wujud dan dikenali sebagai teh yang membantu untuk menurunkan berat badan sejak abad ke-18 oleh masyarakat di china. Malah, terdapat satu kajian saintifik yang dilakukan ke atas tikus makmal oleh saintis jepun dimana tikus tersebut diberi makanan berkandungan lemak tinggi selama 10 hari dan didapati bahawa kandungan antioksidan dalam Oolong meningkatkan dan mempercepatkan proses pemecahan lemak (pancreatic lipase fat breakdown) 

Ini menyebabkan kebanyakan saintis mempercayai bahawa oolong adalah ubat semulajadi yang menjadi penawar kepada obesiti dan hati berlemak (fatty liver). Terdapat juga saintis di china yang mengesahkan bahawa oolong membantu untuk meningkatkan metabolisme pemecahan lemak dan anti obesiti apabila diuji di atas manusia.

Oolong Vs Green Tea

Sebelum membezakan kedua-dua jenis teh yang membantu untuk menurunkan berat badan ini, anda perlu faham terlebih dahulu bagaimana teh-teh ini dihasilkan. Semua jenis teh, termasuk oolong, berasal dari tumbuhan yang sama iaitu camellia sinesis, dan mereka semua mengandungi antioksidan. Tetapi tidak semua teh terhasil dengan cara yang sama. Walaupun terdapat lebih daripada 3,000 jenis teh yang berbeza, kesemua teh ini boleh dibahagikan kepada 1 dari 5 kategori iaitu Hitam (black tea), Hijau (Green tea), Oolong, Putih (white tea) atau Puer.

Perbezaan terbesar antara pelbagai jenis teh ialah proses yang dilalui bagi setiap jenis teh selepas dituai. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi bagaimana tahap pengoksidaan daun teh yang melalui setiap proses berbeza. 

Proses pengoksidaan teh adalah berbeza dan menyebabkan kualiti, khasiat  dan antioksidan bagi setiap teh juga berbeza.

Sebagai contoh, Oolong berkualiti tinggi dipilih dengan tangan pada saat/musim kemuncaknya dan diproses dengan serta-merta. Daun oolong dipanaskan di bawah sinar matahari untuk kering kemudian perlahan-lahan digoncang. Proses ini diulang beberapa kali dan menyebabkan tempoh pengoksidaan untuk oolong adalah kurang daripada teh jenis lain. Daun oolong kemudian dipanaskan pada suhu tinggi untuk mencegah pengoksidaan berterusan dan ini bermaksud oolong mengandungi kurang kelembapan dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama daripada teh hijau.

Teh oolong melalui proses pengoksidaan dalam tempoh singkat dan menyebabkan khasiat antioksidan dalam teh ini lebih efektif dan tahan lama

Antioksidan yang dihasilkan melalui pemprosesan daun oolong boleh menghasilkan perkara yang luar biasa pada badan anda selain daripada membakar lemak yang sudah tersimpan ia juga menyekat lemak aktif yang baru diproses dari makanan yang dimakan.

Bagaimana Teh Oolong Menurunkan Berat Badan ?

Perkara ini memberikan seribu tanda tanya pada kita, bagaimana teh boleh menurunkan berat badan ? Seperti yang kita tahu, magik bagi setiap teh terletak pada kadar antioksidannya. Tapi apa sebenarnya antioksidan ? dan apa kena mengena antioksidan tinggi dengan penurunan berat badan ?

Antioksidan adalah molekul yang bergerak melalui tubuh anda dan menghalang proses pengoksidaan. Beberapa kajian telah menggambarkan bahawa antioksidan dalam teh oolong berfungsi dalam tubuh untuk meningkatkan kadar metabolisme anda dan mempercepat pengoksidaan lemak (fat oxidation), sambil menghancurkan radikal bebas (free radical) dalam badan.

Secara ringkasnya, teh oolong membantu anda untuk :

  • Polyphenols yang terdapat dalam teh Oolong membantu mengurangkan berat badan dan mempunyai kesan anti-radang (anti inflammatory)
  • Teh Oolong mengandungi kafein dan Epigallo Catechins (EGCG) dan kedua-duanya bekerja bersama-sama untuk mempercepat pengoksidaan lemak. 
  • Teh Oolong juga mengawal paras gula darah, meningkatkan kenyang, dan menghalang penyerapan karbohidrat dan lemak
  • Teh Oolong membantu menurunkan kolesterol jahat (kolesterol LDL) di dalam tubuh berbanding dengan teh hijau atau hitam dengan menaikkan reseptor LDL dalam hati 
  •  Penggunaan teh Oolong yang kerap juga dapat mencegah diabetes dengan menghalang alpha-glucosidase, enzim yang bertanggung jawab untuk penyerapan glukosa dalam usus kecil 
  • Kenaikan berat badan adalah disebabkan badan kita tidak menggunakan tenaga dari makanan dengan baik. Oolong membantu menggunakan tenaga dari makanan dengan efektif untuk membakar lemak.
  • Oolong membantu meningkatkan tahap pH dalam saluran pencernaan, mencegah ulser perut, jangkitan bakteria, dan refluks asid. Selain itu, juga diketahui bahawa sistem pencernaan yang sihat membantu mengurangkan berat badan
  • Yang paling penting, teh Oolong adalah minuman bebas kalori dan mempunyai rasa yang berbeza. Oleh itu, anda boleh meminumnya tanpa perlu memikirkan bilangan kalori

 

OLATHEE

Sebenarnya, ada cara yang mudah untuk mendapatkan kebaikan Oolong bagi menurunkan berat badan dengan cara semulajadi iaitu dengan teh herba OLATHEE. Teh herba ini bukanlah seperti yang anda bayangkan iaitu teh 'detox' yang membuatkan anda membuang-buang, tetapi lebih berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Teh herba dari OLATHEE menggunakan campuran herba asli yang sebenar

Teh herba seperti Oolong, Puerh, Ginseng, Peppermint dan lain-lain tinggi dengan 'antioxidant' dan beberapa kelebihan kesihatan yang mampu tingkatkan metabolisma, pembakaran kalori dan lemak anda secara semulajadi dan selamat.

 olathee weight loss support, inch loss tape, weight loss tracker, olathee merchandise

Lebih mudah, anda boleh cuba teh herba OLATHEE dengan 13 jenis herba untuk teh siang dan malam yang disediakan dalam pakej 15 dan 30 hari untuk bantu cepatkan proses turunkan berat badan anda secara semulajadi yang didatangkan dalam bentuk set dengan pelbagai 'extra weight loss support'!