Placeholder "Merdeka? adakah kita betul-betul bebas dengan diri kita?" - OLATHEE M

"Merdeka? adakah kita betul-betul bebas dengan diri kita?" - OLATHEE Meet & Greet August 2022

"Merdeka? adakah kita betul-betul bebas dengan diri kita?" - OLATHEE Meet & Greet August 2022

OLATHEE Meet & Greet August 2022

Pada Sabtu lepas iaitu pada 26 Ogos 2022, team OLATHEE telah mengadakan satu pertemuan khas dengan OLATHEE Besties iaitu satu gelaran istimewa dan satu komuniti khas yang kami wujudkan untuk pelanggan yang setia bersama kami sejak 2017.

Untuk pertemuan buat pertama kali ini, Alhamdulillah ada dua orang OLATHEE Besties iaitu Faghira dan Wani Aziz yang menerima jemputan khas dari OLATHEE. Kami berasa teruja dan sangat menghargai usaha mereka yang datang dari jauh untuk hadir ke pertemuan ini.

Kami sempat untuk makan tengahari bersama-sama di Restoran PLAN B, Jalan Tun Razak KL sambil dapat mengeratkan lagi hubungan OLATHEE Besties bersama founder dan team OLATHEE.

Sharing their stories

Hasil dari pertemuan ini, kami dapat berkongsi kisah perjalanan masing-masing untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Terdapat juga kisah-kisah gembira dan sedih yang sempat diceritakan mereka saat ketika mereka masih lagi dalam keadaan overweight dan obes di mana mereka terpaksa hidup dengan 'stereotype' negatif masyarakat dengan orang yang mengalami berat badan berlebihan.

Disebabkan kisah-kisah peribadi seperti ini juga lah yang menyebabkan mereka berani untuk membuat perubahan kepada diri mereka. Mereka berani untuk bebaskan diri mereka bukan sahaja dari Obesiti, tetapi bebaskan diri mereka dari 'stereotype' negatif, bebaskan diri mereka dari 'Insecurities', bebaskan diri mereka untuk berfesyen dan bergambar.

Secara keseluruhannya, mereka bebas untuk jadi diri mereka sendiri apabila berjaya capai berat ideal dengan cara yang lebih selamat dan semulajadi.

Why they choose OLATHEE?

Kami sempat juga bertanya kepada Faghira dan Wani Aziz, beberapa soalan mengenai produk kami iaitu OLATHEE Essential Teas dan bagaimana produk ini dapat membantu mengubah hidup mereka.

Kebiasaannya apabila bercakap tentang teh herba atau apa-apa jenis teh untuk menurunkan berat badan, ramai yang beranggapan teh herba itu pahit, tidak sedap dan membuatkan kita sentiasa ingin membuang-buang.

Ya, memang benar kebanyakan teh 'slimming' yang berada di pasaran kebiasaanya untuk 'detox' terasa lebih pahit dan membuatkan kita rasa ingin selalu ke tandas. Tetapi tidak bagi teh herba OLATHEE yang kami keluarkan sejak 2017 dan berjaya bantu ramai wanita untuk capai berat ideal dengan cara yang lebih semulajadi tanpa ubat atau pil kurus yang berbahaya.

Menurut mereka (OLATHEE Besties) yang pernah merasa sendiri teh herba ini, teh herba ini bukanlah teh pahit yang susah untuk diminum. Setiap campuran herba dalam teh ini akan menghasilkan rasa semulajadi tersendiri yang lebih sedap dan boleh diminum secara 'casual' pada setiap masa.

Selain itu, mereka juga menekankan bahawa teh herba ini tidak menyebabkan mereka rasa ingin ke tandas setiap masa dan tidak mengganggu masa mereka apabila ke tempat kerja dan ke mana-mana sahaja.

Rekabentuk pek baru OLATHEE yang diperkenalkan pada tahun lepas juga dapat membantu mereka untuk menyimpan teh herba ini dengan mudah dan boleh di bawa ke mana-mana tanpa perlu risau dengan tahap kesegarannya.

Losing weight, how they do it?

Apabila ditanya adakah mereka mengamalkan cara berdiet yang keras sepanjang dengan OLATHEE? Mereka menjawab, mereka hanya makan seperti biasa cuma mengawal sedikit 'portion' makanan dan mengurangkan minuman manis setiap hari. 

Adakah mereka bersenam setiap hari? tidak, mereka juga hanya melakukan aktiviti ringan untuk membakar kalori seperti berjalan kaki ke tempat kerja dan hanya lakukan aktiviti tersebut secara sambilan.

Proses penurunan berat badan mereka dilakukan dengan secara bersahaja tetapi konsisten sehingga mendapat hasil yang berbeza mengikut setiap individu. Kebiasaannya dalam tempoh 1 bulan pertama mereka akan mula mendapat kesan positif dengan OLATHEE.

Pertemuan ini ditamatkan dengan sesi penyerahan hadiah istimewa dari OLATHEE dan sesi bergambar bersama dengan team kami. Sempat juga kami memberikan ucapan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-65. 

Semoga OLATHEE Meet & Greet ini akan dapat diteruskan setiap bulan dan kami dapat berjumpa dengan lebih ramai OLATHEE Besties yang berjaya dengan OLATHEE dan dapat memberikan sumber inspirasi kepada anda di luar sana.